Monday, 28 March 2011

SIAPA YANG LAYAK MENJADI AHLI PERSATUAN ALUMNI UiTMPP?

FASAL 5: KEAHLIAN

Keahlian Persatuan Alumni UiTM Pulau Pinang adalah terbuka kepada 3 kategori berikut:


5.1 Ahli Biasa

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang merupakan bekas pelajar Institut Teknologi MARA dan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.


5.2 Ahli Seumur Hidup

Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran ahli sekaligus.


5.3 Ahli Bersekutu

Terbuka kepada bekas kakitangan dan kakitangan warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berkhidmat di Institut Teknologi MARA dan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment