Assalamualaikum w.w.t,
Kepada semua warga Alumni UiTMPP yang dikasihi sekalian.
Satu Mesyuarat penubuhan alumni UiTMPP akan diadakan pada hari ini di bilik mesyuarat Pengurusan ,Tingkat 9. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan penubuhan persatuan Alumni UiTMPP. Adalah diharapkan mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar dimana ahli mesyuarat adalah terdiri daripada bekas pelajar alumni UiTMPP dan staff UiTMPP yang komited untuk menubuhkan persatuan. Mesyuarat ini akan berlangsung pada 17 Mac 2011 jam 12.00 hingga 1.30 ptg nanti yang akan di pengerusikan oleh yang berbahagia Prof. Madya Tuan Haji Noor Awang Hamat(AMN)Timbalan pengarah HEP & Alumni UiTMPP. Mohon tuan/puan mendoakan agar mesyuarat ini berjalan dengan lancardan diredai ALLAH SWT!
Sekian Terima kasih.
Yang menurut perintah,
Mohd Rafe Abdul Majid
Koordinator Alumni UiTM Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment