Tuesday, 8 February 2011

Takrifan Alumni

Menurut ensiklopedia Sains Sosial, Alumni diertikan sebagai “… sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah institusi pendidikan”, maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni”. Jika kita boleh mendalami lagi definasi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing.
Alumni sering dikaitkan dengan alma maternya (institusi di mana ianya belajar). Umpama isi dan kuku, tiada alma mater, tiadalah alumninya dan jika tiada alumninya, sukarlah untuk alma mater tersebut berkembang.

No comments:

Post a Comment