UiTM Pulau Pinang yang mula beroperasi pada tahun 1996 kini telah menjangkau umur 15 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan kursus serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UiTMPP semakin bertambah, yang kini melebihi 3000 graduan. Atas dasar itulah, penubuhan Pusat perhubungan Alumni UiTMPP antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali graduan UITMPP sebanyak mungkin untuk menjadi ahli Alumni UiTMPP.
Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipanggil juga “alma maternya”. Secara dasarnya seseorang pelajar yang telah menamatkan pengajian dan mendapat ijazah dari sesuatu universiti itu bukan bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma maternya seperti membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan universitinya. Seperti di universiti-universiti lain, ternyata persatuan bekas pelajarnya atau dikenali ALUMNI telah mampu membangunkan universitinya dalam pelbagai aspek.
No comments:
Post a Comment