Wednesday, 23 February 2011

CARA UNTUK MENGHUBUNGI UNIT ALUMNI, UITMPP

1. Dengan melayari laman blog ini.

2. Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar ke:

alumni.uitmpp@Gmail.com atau alumni_uitmpp@mail.com

3. http://www.facebook.com/alumni-uitmpp

4. Boleh juga menghubungi saya Mohd Rafe [Koordinator Alumni uitmpp]ditalian 04-3823396/ 016-4957579 atau cik Azira[moderator e-alumni](HEP)di talian 04-3822841

5. Atau panggilan terus ke Hal ehwal pelajar & Alumni, uitmpp

JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN 2011

JANUARI 25.01.2011 SELASA

FEBRUARI 24.02.2011 KHAMIS

MAC 24.03.2011 KHAMIS

APRIL 25.04.2011 ISNIN

MEI 24.05.2011 SELASA

JUN 23.06.2011 KHAMIS

JULAI 25.07.2011 ISNIN

OGOS 24.08.2011 RABU

SEPTEMBER 22.09.2011 KHAMIS

OKTOBER 20.10.2011 KHAMIS

NOVEMBER 24.11.2011 KHAMIS

DISEMBER 19.12.2011 ISNIN

Monday, 21 February 2011

Thursday, 17 February 2011

RANCANGAN TAHUNAN ALUMNI UITM PULAU PINANG

berikut adalah rancangan aktiviti alumni uitmpp bagi tahun 2011:


1. MAJLIS MALAM PRA-GRADUAN & ALUMNI 2011(setiap fakulti)

2. SELANGKAH KE ALAM KERJAYA & ALUMNI (setiap semester)
4. BERSAMA TOKOH ALUMNI (setiap fakulti)

5. ALUMNI HOME COMING: Jejak kasih

Tuesday, 8 February 2011

SIAPA LAYAK MENJADI ALUMNI ?

Keahlian adalah sah kepada semua pelajar UiTMPP yang pernah mendaftar dan lepasan pengajian dalam bidang dan peringkat masing-masing.

Takrifan Alumni

Menurut ensiklopedia Sains Sosial, Alumni diertikan sebagai “… sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah institusi pendidikan”, maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni”. Jika kita boleh mendalami lagi definasi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing.
Alumni sering dikaitkan dengan alma maternya (institusi di mana ianya belajar). Umpama isi dan kuku, tiada alma mater, tiadalah alumninya dan jika tiada alumninya, sukarlah untuk alma mater tersebut berkembang.

Pengenalan

UiTM Pulau Pinang yang mula beroperasi pada tahun 1996 kini telah menjangkau umur 15 tahun. Dalam pada masa itu, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, perubahan dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, bilangan kursus serta program dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu universiti berkenaan. Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UiTMPP semakin bertambah, yang kini melebihi 3000 graduan. Atas dasar itulah, penubuhan Pusat perhubungan Alumni UiTMPP antara lain adalah bertujuan untuk mengumpulkan kembali graduan UITMPP sebanyak mungkin untuk menjadi ahli Alumni UiTMPP.
Peranan alumni banyak dikaitkan dengan pembangunan dan kemajuan yang wujud di institusi di mana mereka belajar atau dipanggil juga “alma maternya”. Secara dasarnya seseorang pelajar yang telah menamatkan pengajian dan mendapat ijazah dari sesuatu universiti itu bukan bermakna peranan dan tanggungjawab terhadap alma maternya turut tamat di situ sahaja, pelbagai sumbangan yang boleh diberikan kembali kepada alma maternya seperti membantu dalam mempertingkatkan kualiti, imej, pendidikan dan kebajikan universitinya. Seperti di universiti-universiti lain, ternyata persatuan bekas pelajarnya atau dikenali ALUMNI telah mampu membangunkan universitinya dalam pelbagai aspek.